Jumaat, 30 September 2016

Mengagumkan..khasiat daun delima

Alhamdulillah..hari ni dah selesai tanam pokok nyog di tanah nan serelong ini...tak banyak mana ada la dalam 40 pokok nyok campur campur varieti...moga moga Allah Taala memberi peluang untuk aku dan kelaurga berjaya dalam bidang agriculture ni..amin...

Hari ni nak cerita sikit pasai kehebatan ciptaan Allah Taala iaitu daun delima...kemarin aku kena keracunan makanan yang teruk jugak....makan ubat farmasi tak lega..makan pil yang selalu aku makan beli kat kedai pun tak jalan..last last around pukul lapan malam teringat petua abah aku makan daun delima kalau sakit perut. So aku pun start la kereta pi rumah orang tua aku sebab aku perasan mak aku ada tanam pokok ni tepi kolam ikan. Sampai rumah orang tua teruih aku suluh pokok delima tu ambik pucuk makan. Abah aku perasan, dia suruh aku ambik makan ja daun yang tua dah pun takpa sebab pucuk delima tak berapa banyak kat pokok. Adik aku hak bongsu start motor p ambik daun delima tiga ranting kat rumah kawan dia. So apalagi aku pun kunyah la daun delima tu. Alhamdulillah lepaih kunyah lebih kurang dua puluh helai alhamdulillah bunyi rummm rammm dalam perut aku pun dah surut. Bangun pagi ni perut aku dah kembali normal.

Kalau sapa sapa sakit perut cirit birit boleh la try daun ni.. Insyaallah mujarab. Kalau takdak daun boleh jugak kunyah kulit delima. Tapi awas jangan kunyah terlampau banyak sakgi empat hari tak membuang wooo....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan