Ahad, 2 Oktober 2016
ulat gonggok..boleh buat ubat
Semalam saya ada baca tentang ulat gonggok kat blog sifu anim hosnan...teringat zaman budak budak dulu lebih kurang tahun 1985 abah saya kena ketit lipan bara...banyak malam jugak abah saya mengerang kesakitan...maklumla zaman tu hospital jauh..klinik klinik swasta pun xwujud lagi kat tempat saya ni...tambahan pulak duit tak berapa jenuh...macam macam ubat kampung abah saya try..last last ada orang petua cari ulat gonggok yang selalu dok ada kok kampung yang warna merah tu..yang boleh gulung badan tu...bila dah dapat ulat gonggok tu tumbuk guna lesung ka batu ka bagi mati then ambik ulat gonggok yang dah mati tu tempek kat tempat kena ketit lipan bara tu....mula mula kesan dia akan rasa kepanasan. tak lama lepaih tu lega dah abah saya...tak mengerang dah..Wallahuaklam....rahsia alam ini hanya Allah Taala sahaja yang maha mengetahui.
Jumaat, 30 September 2016
Mengagumkan..khasiat daun delima
Alhamdulillah..hari ni dah selesai tanam pokok nyog di tanah nan serelong ini...tak banyak mana ada la dalam 40 pokok nyok campur campur varieti...moga moga Allah Taala memberi peluang untuk aku dan kelaurga berjaya dalam bidang agriculture ni..amin...
Hari ni nak cerita sikit pasai kehebatan ciptaan Allah Taala iaitu daun delima...kemarin aku kena keracunan makanan yang teruk jugak....makan ubat farmasi tak lega..makan pil yang selalu aku makan beli kat kedai pun tak jalan..last last around pukul lapan malam teringat petua abah aku makan daun delima kalau sakit perut. So aku pun start la kereta pi rumah orang tua aku sebab aku perasan mak aku ada tanam pokok ni tepi kolam ikan. Sampai rumah orang tua teruih aku suluh pokok delima tu ambik pucuk makan. Abah aku perasan, dia suruh aku ambik makan ja daun yang tua dah pun takpa sebab pucuk delima tak berapa banyak kat pokok. Adik aku hak bongsu start motor p ambik daun delima tiga ranting kat rumah kawan dia. So apalagi aku pun kunyah la daun delima tu. Alhamdulillah lepaih kunyah lebih kurang dua puluh helai alhamdulillah bunyi rummm rammm dalam perut aku pun dah surut. Bangun pagi ni perut aku dah kembali normal.
Kalau sapa sapa sakit perut cirit birit boleh la try daun ni.. Insyaallah mujarab. Kalau takdak daun boleh jugak kunyah kulit delima. Tapi awas jangan kunyah terlampau banyak sakgi empat hari tak membuang wooo....

Ahad, 25 September 2016
Membina masa hadapan
Assalamualaikum,,,
Setelah banyak blog pertanian yang saya ikuti, maka pada hari ini saya pun cuba jugak untuk menceburi bidang blog dengan membuat blog saya sendiri...tak banyak kisah saya kerana tanah kebun saya yang xberapa luas.. just minat yang mendalam dalam bidang pertanian.

Langgan:
Catatan (Atom)